Posts

Showing posts from August, 2017

Dengki .

Sebagai umat islam kita tak sepatutnya mempunyai sifat dengki di lubuk hati , tak perlulah kita memberi kesusahan hati atau apa jenis bentuk kesusahan pada mereka yang lebih mudah kehidupannya drpd kita . Kawan-kawan , usahlah kita menjadi seseorang yang tidak boleh melihat kesenangan hidup orang lain mahupun drpd segi harta , jiwa , atau apa saja . Sesungguhnya usahlah kita menganiaya saudara saudari seumat . Ingat , Hot macam mana pun kita , Perfect macam mana pun kita . Penamat kita di akhirat jua , Selamat Menyambut AidilAdha .

Cinta ?

Cinta itu asalnya saja dari mata . Lama kelamaan turunnya ke hati . Bila sudah s ampai di hati , jangan harap cinta itu akan pergi sesuka hati .

Bagaimana Harus Aku Menghapuskan Namamu ?

Tel ah ku zalimi hatiku , Telah ku lukai jiwaku , Telah ku gadaikan kepercayaanku pada si dia . Berlebihan sudah kuburukanku .. Dunia dan isinya telah memperdayakan aku , Kerana kelalaianku sendiri , hati , jiwa dan ragaku pedih dirundung duka lara . Bagaimana harus aku hapuskan namamu yang telah berwaktu-waktu , berdetik-detik tersemat di dalam hati . Hanya satu cara , Aku menghapuskan namamu dengan nama-n ama-Nya .

Usah Bersifat Sombong

" dan janganlah engkau memalingkan mukamu  ( kerana memandang rendah atau sombong ) kepada manusia , dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong ; Sesungguhnya Allah S.W.T tidak suka kepada tiap-tiap orang yng sombong , takbur , lagi membanggakan diri " . Surah Luqman : ayat 18 .

Dear Kaum Hawa 💕

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca blog .  Girls , pada yang masih belajar tu belajar lah dulu . Lelaki ni tak menentukan hidup kita untuk masa depan . Lelaki ni takkan mencorak watak kita 10 tahun akan datang . Kenapa perlu bercinta ? Sebagai pemangkin semangat ? Semangat apa ? Semangat api cinta membara dilubuk hati dikala ibubapa kita mengharapkan kejayaan seorang anak daripada kita ? Tak payah la girls . Pada era globalisasi sekarang ni , maksiat tu sangad berleluasa . Tolonglah wahai kaum hawa , jangan menempah diri ke alam neraka pada akhirat . Zina hati , zina mata , zina tu kawan kawan zina tuuu 😌 maaf andai terkasar bahasa , tersilap bicara , niat dihati sekadar menegur dan tak lebih daripada itu 😊 . Salam Jumaat ❤

Coretan Secebis Kata Hati

Jangan pernah mainkan perasaan seseorang . Mungkin harini awak gembira buat macam gitu . Tapi percayalah awak mungkin akan menangis apabila awak merasa macam mana sakitnya terluka kerana cinta . Saya belajar melupakan seseorang yang melupakan saya . Saya belajar memaafkan semua yang telah menyakiti saya . Saya juga belajar untuk menjadi yang terbaik kepada orang yang saya sayangi TETAPI hanya s atu yang saya tidak mampu untuk mempelajari adalah masih tersenyum disaat orang yang saya sayangi menyayangi seseorang yang lain :')

Salam Perkenalan

Assalammualaikum semua , salam sejahtera .       Semoga apa yang saya kongsikan disini menjadi pedoman buat semua , sekiranya ada yang ingin memberi teguran atau nasihat kepada saya ketika saya meluah di dalam blog ini . Harap anda menegur saya dalam keadaan yang berhemah ya :)        Saya Miss Nrfrhh atau lebih mudah dikenali sebagai Abby . Semoga smua boleh memberi tunjuk ajar ;)